Stor peralatan pelamin musnah terbakar

KINABATANGAN: Sebuah bangunan yang menempatkan stor peralatan pelamin musnah dalam kebakaran di Taman Sazati, Batu 7, di sini, petang tadi. Kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Savy terbakar 20 peratus. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.45 petang. Katanya, seramai lapan […]
1 maut, 4 cedera kemalangan dua kenderaan di Semporna

SEMPORNA: Seorang wanita maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Semporna – Tawau, berhampiran SK Kubang Pinang, di sini, hari ini. Mangsa Ester Barhulan Stanis, 58, dari kereta jenis Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya […]
Dugaan Aidilfitri buat empat keluarga

KINABATANGAN: Kegembiraan menyambut dua syawal buat empat keluarga di Kampung Muhibbah Hujung, di sini, berakhir dengan kesedihan apabila rumah mereka musnah terbakar, hari ini. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, turut memusnahkan sebuah rumah kedai, enam bot termasuk enjin dan dua motosikal. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah […]
Lelaki ditemui lemas selepas tiga hari hilang

KINABATANGAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menguji bot miliknya di sungai Kampung Bengkala Buang Sayang Suan Lamba, di sini, sejak tiga hari lalu, akhirnya ditemukan lemas, hari ini. Mangsa Alner Kalim berusia lingkungan 20 tahun ditemukan penduduk kampung sejauh enam kilometer dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan […]
Rumah roboh akibat limpahan sungai, penghuni selamat

KINABATANGAN: Sebuah rumah kayu dua tingkat roboh akibat limpahan air sungai dalam kejadian di Kampung Pengkalan Bukit Garam, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, semua penghuni berjaya keluar dan dalam keadaan selamat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.30 pagi. […]
Warga emas ditemui rentung di dapur

KINABATANGAN: Mayat seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di sebuah kediaman di Kampung Pauh, Jalan Setampin, di sini, tengah hari tadi. Mayat mangsa berusia 84 tahun itu ditemui di bahagian dapur rumah oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, […]
AHLI UMUM KELUAR PARTI, UMNO KINABATANGAN TIDAK TERKESAN

SANDAKAN: Tindakan beberapa ahli UMNO bahagian Kinabatangan yang mengumumkan keluar parti, hari ini bukan suatu perkara memberikan kesan terhadap UMNO di bahagian itu. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Titing Putang berkata, tindakan berkenaan tidak langsung menjejaskan semangat juang ahli lain yang masih setia dan memiliki prinsip perjuangan. “Rakyat hari ini sudah matang melihat budaya […]
TIGA KEDAI MUSNAH DALAM KEBAKARAN

KINABATANGAN: Deretan tiga kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Gomantong Jaya, Jalan Sukau, di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian jam 11.18 pagi. Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan bersama jentera dikerahkan […]
SUSPEK KES TETAK BAYI DIPERCAYAI ADA MASALAH KEMURUNGAN
KOTA KINABALU: Polis percaya, suspek kes tetak yang menyebabkan kematian bayi berusia enam bulan dan mencederakan anak saudara di Kinabatangan adalah disebabkan kemurungan. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati suspek menghadapi masalah kemurungan sejak dua tahun lalu dan dipercayai tidak diberikan perhatian oleh ahli keluarganya. “Keadaan ini dipercayai menyebabkan suspek […]
BAYI MAUT DITETAK DATUK SAUDARANYA
KINABATANGAN: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut akibat tetakan di kepala manakala ibunya parah selepas diserang datuk saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, telinga kiri mangsa berusia 35 tahun itu juga dilaporkan hampir putus akibat serangan lelaki terbabit. Ketua […]