Search

Jabatan Peguam Negara arah gali semula kubur Zara

August 8, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara mengarahkan agar kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah.

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, jabatan itu berkata ia adalah antara beberapa arahan yang disertakan setelah laporan penuh siasatan awal kes kematian Zara dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, selepas meneliti laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan PDRM sebelum ini, Jabatan Peguam Negara berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan ke atas jenazah.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina,” kata kenyataan itu. – Info X