Kita Kita Juga Baini!
Since the launching of KUPIKUPI FM 96.3 in Sabah in 2015, the station has managed to become the ‘heart and soul’ of the Sabah community. The brand is firmly anchored in the hearts of the people as the pride and joy of the state.
November 15, 2026
Suasana pilu iringi pengebumian Mohd Soberi
KOTA KINABALU: Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Mohd Soberi Bakri, 31, yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, petang tadi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Pemergian Allahyarham yang maut akibat ditikam dalam kejadian di Sulaman Sentral, Manggatal, kelmarin, meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga serta mereka yang mengenalinya. Hujan renyai-renyai yang turun ketika urusan pengebumian berlangsung menambahkan lagi suasana sayu, terutama ketika jenazah Allahyarham disemadikan buat selama-lamanya. Kehadiran ahli keluarga dan kenalan yang mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan menjadi tanda kasih serta penghormatan terakhir buat Allahyarham. Jenazah Allahyarham selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum dibawa ke kediaman datuknya pada jam 2.45 petang. Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamek Kampung Likas untuk disolatkan selepas solat Asar sebelum diiringi ahli keluarga dan kenalan ke tanah perkuburan. Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas kira-kira jam 4 petang sebelum urusan pengebumian selesai pada jam 4.33 petang. Pihak keluarga turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan penghormatan terakhir serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham. Terdahulu Allahyarham dilaporkan maut selepas ditikam ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mengejar penjual makanan dalam kejadian di tingkat satu Sulaman Sentral, Manggatal, kira-kira jam 4.30 pagi, Jumaat lalu. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas, oleh abangnya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi. Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek berusia 38 tahun dengan seorang penjual makanan di sebuah kafe berhampiran lokasi kejadian. – Info X
Latest news on everything happening in Sabah and Sarawak!
November 15, 2026
Info X Reporters

Lelaki warga asing dipercayai pengedar dadah ditahan polis
PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah terbongkar selepas ditahan polis dalam operasi di Putatan, di sini, tengah malam tadi. Suspek berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ketika berada berhampiran sebuah premis dobi 24 jam, kira-kira jam 12.30 tengah malam. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan sejumlah dadah disyaki syabu yang dibungkus dalam beberapa paket plastik. Katanya, suspek kemudian ditahan sebelum dibawa ke pejabat BSJND Penampang bersama barang rampasan untuk siasatan lanjut. “Hasil pemeriksaan menemukan 11 paket plastik lut sinar pelbagai saiz mengandungi ketulan hablur jernih disyaki syabu. “Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 59.64 gram dengan nilai pasaran kira-kira RM6,000,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup berserta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan. Beliau berkata, polis akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan. “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang kegiatan berkaitan dadah serta menyalurkan maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X
November 15, 2026
Info X Reporters
Motosikal terbabas masuk parit lelaki cedera
KOTA BELUD: Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Bypass Ranau menghala ke Kampung Narinang, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun ditemui dalam parit sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Kanan Penguasa Bomba Elgie Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.34 pagi. Katanya, seramai sembilan anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah motosikal terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam parit. “Anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum memberikan rawatan awal,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Hospital Kota Belud bagi mendapatkan rawatan lanjut. “Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.25 pagi selepas pemeriksaan mendapati tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya. – Info X
November 15, 2026
Info X Reporters
Polis buru Kusdino susulan kes bunuh di Manggatal
KOTA KINABALU: Polis kini sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang berlaku di Sulaman Sentral, Kuala Manggatal, di sini, awal pagi semalam. Lelaki terbabit dikenali sebagai Kusdino Paad, 38, yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan kes pembunuhan berkenaan. Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Soberi Bakri, 31, maut selepas ditikam ketika cuba menyelamatkan individu lain. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan lelaki berkenaan. Katanya, lelaki terbabit diperlukan bagi membantu siasatan kes bunuh yang kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan supaya tampil membantu siasatan. “Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, pagi ini. Syed Lot turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes berkenaan. Sementara itu, usaha mengesan lelaki terbabit diteruskan bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian pembunuhan berkenaan. Terdahulu, Mohd Soberi maut selepas ditikam ketika cuba menghalang suspek daripada mengejar seorang penjual makanan di sebuah kafe berhampiran Sulaman Sentral, kira-kira jam 4.30 pagi semalam. Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek berusia 38 tahun dengan penjual makanan terbabit sebelum mangsa cuba campur tangan. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas oleh abangnya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi. – Info X
MORNING KINABALU KUPI VIBEZ BAH, ATUR! KUPI KRUZ SELAMAT MALAM KK
MORNING KINABALU KUPI VIBEZ BAH, ATUR! KUPI KRUZ SELAMAT MALAM KK