TAWAU: Kira-kira 10 keluarga kehilangan tempat tinggal berikutan kebakaran yang memusnahkan 10 rumah teres didiami mereka di Taman Victoria, di sini, hari ini.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.54 tengah hari.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke tempat kejadian sejauh tujuh kilometer bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.
“Kebakaran membabitkan 10 rumah jenis separuh kekal berukuran 15×25 persegi bagi setiap rumah.
“Operasi memadam kebakaran dijalankan menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran berjaya dikawal jam 2.56 petang,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, sembilan rumah dilaporkan musnah sepenuhnya manakala sebuah rumah berjaya diselamatkan daripada musnah terbakar.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pun kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba.
“Operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 5.25 petang,” katanya. – Info X