Search

14 gempa bumi di Filipina

December 3, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: 14 kejadian gempa bumi direkodkan dalam tempoh lebih 12 jam sekitar Rantau Kepulauan Filipina sejak malam tadi hingga pagi ini, termasuk tiga dikategorikan gempa bumi kuat.

Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Filipina jam 10.02 pagi tadi, pada jarak 85 kilometer (km) Timur Laut dari Bislig, Filipina dengan kedalaman 95 km.

Terdahulu, jam 10.37 malam, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Mindanao, dengan kedalaman 85km pada jarak 42km dari tenggara Gingoog City di Filipina.

MetMalaysia turut memaklumkan 13 gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao dan Rantau Kepulauan Filipina antara 11 malam hingga 10.02 pagi tadi.

Ini termasuk dua gempa bumi kuat berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada jam 12.03 tengah malam dan 1.40 pagi tadi.

Bagaimanapun MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu. – Info X