Search

December 17, 2023

Info X Reporters

PENGARAH Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor (Kiri) bersama Pengurus Perhubungan Kerajaan dan Korporat (Malaysia Timur dan Brunei) F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Valerian Hansen Petrus semasa menerima tajaan minuman 100Plus dan Seasons di Urusetia Sukan Sabah (SAGA) X Kota Kinabalu 2023 di Wisma MUIS, Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini.

F&N menjadi penaja utama minuman rasmi SAGA tahun ini yang berlangsung secara rasmi bermula 16 hingga 22 Disember.

Sebanyak 22 jenis sukan dipertandingkan pada edisi Ke-10 kali ini yang melibatkan seramai 6,784 orang atlet dan pegawai mewakili 28 daerah seluruh negeri Sabah. – Info X