Search

16 kakitangan penjara cemas tayar bas terbakar

July 14, 2023

Info X Reporters

BEAUFORT: Seramai 16 kakitangan penjara berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbakar pada bahagian tayar di Jalan Bypass Limbawang, di sini, hari ini.

Semua kakitangan dan pemandu bas Jabatan Penjara Sabah terbabit dilaporkan selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.29 petang.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort digerakkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba memadam tayar bas milik Jabatan Penjara Sabah yang terbakar. – Foto/Bomba

“Kebakaran membabitkan sebuah bas milik Jabatan Penjara terbakar di bahagian tayar.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos untuk memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada 2.47 petang dan pemandu dan penumpang dilaporkan selamat.

“Terdapat 16 orang penumpang termasuk pemandu yang semuanya kakitangan penjara dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Operasi ditamatkan pada 2.58 petang,” katanya. – Info X