Search

169 kontinjen meriahkan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025

August 31, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sebanyak 169 kontinjen mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, pada Ahad.

Jumlah itu masing-masing 126 kontinjen mewakili kategori sekolah, IPTA dan IPTS, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik, agensi swasta dan komersial, pasukan beruniform serta jabatan kerajaan tidak beruniform rasmi.

Selebihnya, sebanyak 43 pasukan adalah perarakan aset dan kenderaan pelbagai agensi termasuk pasukan keselamatan.

Acara itu turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama barisan Kabinet negeri.

Ribuan orang ramai turut hadir menyaksikan acara itu di hadapan Dataran Bandaraya dan sepanjang laluan Jalan Tun Fuad Stephens bermula seawal jam 6 pagi. – Info X