Search

196 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS

February 3, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seramai 196 mangsa banjir daripada 55 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Tongod dan Kinabatangan, setakat pagi tadi.

PPS terbabit ialah masing-masing dua di Tongod yang menempatkan seramai 155 mangsa, manakala satu di Kinabatangan iaitu di Sekolah Agama Pekan Bukit Garam baru dibuka semalam, menempatkan 41 mangsa.

Dua PPS di Tongod iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak kekal menempatkan seramai 63 mangsa dan SK Kenang-Kenangan seramai 92 mangsa.

Pemindahan mangsa banjir di Kinabatangan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, 42 PPS lain di sembilan daerah yang dilanda banjir sejak awal minggu lalu sudah ditutup sepenuhnya.

Penutupan terakhir ialah dua PPS di Lahad Datu yang menempatkan seramai 520 mangsa pada jam 5 petang semalam.

PPS lain yang ditutup hingga semalam ialah di Beaufort, Beluran, Paitan, Telupid, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Kota Marudu. – Info X