Search

2 maut motosikal bertembung

March 15, 2025

Info X Reporters

LAHAD DATU: Dua lelaki maut selepas motosikal bertembung dalam kemalangan di Jalan Felda Sahabat 40, di sini, semalam.

Kejadian jam 6.15 petang itu, mangsa warga Indonesia berusia 43 tahun dan seorang warga Filipina berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Comel di tunggang lelaki berusia 43 dari arah Felda Sahabat 30 menuju ke Kembara Sakti.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba sebuah lagi motosikal jenis Suzuki ditunggang remaja lelaki tahun dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan motosikal Comel berkenaan.

“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua penunggang terbabit cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Felda Sahabat 40, Lahad Datu.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa terbabit dibawa ke Hospital Lahad Datu menggunakan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses bedah siasat.

“Sampel darah kedua-dua mangsa juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu bagi ujian alkohol dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Humaidi Harun di talian 098-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

“Semua pemandu dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan berhemah agar tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – Info X