KINARUT: Tiga rumah teres setingkat di Taman Limauan, di sini terbakar dalam kejadian, tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.20 tengah malam.
Katanya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dan Penampang digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan satu aliran dua pancutan dengan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.
“Operasi terkawal pada 1.10 pagi. Kebakaran membabitkan tiga rumah teres setingkat dan setiap rumah terbakar 60 hingga 50 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi ditamatkan pada pada jam 2.27 pagi.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X