KOTA KINABALU: Penduduk yang terjejas banjir membabit dua daerah di negeri ini mencecah seramai 355 orang.
Jumlah berkenaan melibatkan 105 keluarga di Kota Marudu dan Beaufort.
Menurut statistik dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menyatakan Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 258 mangsa daripada 76 keluarga setakat jam 5 petang ini.
“Semua mangsa sudah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
“Daerah Beaufort pula menunjukkan bilang penduduk terjejas banjir seramai 97 orang membabitkan 29 keluarga yang kini ditempatkan di satu PPS.
“Bagaimanapun, statistik keseluruhan dijangka akan bertambah daripada semasa ke semasa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu di seluruh negeri Sabah ketika ini,” katanya.
Sementara itu, APM Sabah menasihatkan orang awam khususnya tinggal berhampiran sungai dan kawasan rendah agar sentiasa berwaspada dan peka dengan situasi semasa di daerah masing-masing. – Info X