LABUAN: Sebanyak empat kenderaan rosak dihempap pokok yang tumbang di Jalan Bandar Jati akibat kejadian hujan ribut, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.31 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral digerakkan ke tempat kejadian.
“Empat kenderaan iaitu Toyota Yaris, Honda City, Civic dan Perodua yang parkir dihempap pokok.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – Info X