Search

6 rumah pekerja kilang musnah terbakar

August 2, 2023

Info X Reporters

KINABATANGAN: Satu blok rumah pekerja yang mempunyai enam pintu, musnah dalam kebakaran di kawasan Kilang Sungai Ruku, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.39 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Kebakaran membabitkan satu blok mempunyai enam pintu rumah pekerja kilang musnah terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman supaya api tidak merebak ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan rumah pekerja di kawasan Kilang Sungai Ruku, Kinabatangan. – Foto/Bomba

Menurutnya, setakat ini kebakaran membabitkan kemusnahan harta benda sahaja, tiada mangsa yang dilaporkan cedera.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.42 pagi.

“Kita akan menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami mangsa,” katanya. – Info X