Search

7 PATI Warga Filipina baru mendarat dicekup

August 26, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seramai tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan berhampiran Kampung Bakau, Sandakan, awal pagi tadi.

Semua PATI warga Filipina dipercayai baru mendarat sebelum ditahan PPM Sandakan menerusi Op Taring Gelora, kira-kira 3:30 pagi.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, semua mereka yang berasal dari Filipina terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 25 hingga 54 tahun.

“Semua mereka dipercayai baru mendarat dan berasal dari Zamboanga, Filipina.

“Semua Pati kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen I959/63. – Info X