Search

758 MANGSA BANJIR MASIH DI PPS

February 2, 2023

admin

KOTA KINABALU: Seramai 758 mangsa banjir daripada 220 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, ia merupakan peningkatan berbanding 690 mangsa daripada 204 KIR yang dilaporkan semalam.

“Kesemua mangsa kini ditempatkan di 15 PPS yang masih beroperasi di daerah-daerah yang terjejas.

“Antara PPS yang mencatatkan pemindahan tertinggi ialah Dewan Serbaguna Selagon (118 mangsa), Dewan Kg Bauto (116 mangsa) dan Masjid (Lama) Gana Jati (74 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, katanya, lima daerah yang masih terjejas ialah Telupid (425 mangsa), Paitan (123 mangsa), dan Beaufort (118 mangsa).Selain itu, ialah daerah Beluran (47 mangsa) dan Lahad Datu (45 mangsa). – Info X