KOTA KINABALU: Seramai lapan ‘bayi merdeka’ dilahirkan di Hospital Pakar KPJ Sabah, di sini, bermula jam 12.52 tengah malam, sehingga jam 10.37 malam, Khamis lalu.
Daripada jumlah itu, lima bayi lelaki dan tiga perempuan selamat dilahirkan sempena menyambut Hari Kebangsaan tahun ini.
Menurut kenyataan media KPJ Sabah hari ini, bayi pertama dilahirkan oleh Diana Rony iaitu bayi lelaki seberat 3.23 kilogram pada jam 12.52 tengah malam.
“Sambutan ini adalah penuh bermakna kerana ramai ibu-ibu berkenaan menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
“Pihak KPJ Sabah turut menyampaikan hadiah kepada ibu bapa bayi-bayi berkenaan sempena menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan,” katanya. – Info X