Search

86 hektar hutan terbakar di Kuala Penyu

January 31, 2024

Info X Reporters

BEAUFORT: Kira-kira 86 hektar hutan di kawasan Kampung Purun ulu, Kuala Penyu, di sini, dilaporkan terbakar, hari ini.

Usaha memadam sedang dilakukan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu.

Ketua BBP Kuala Penyu, Nelson Ponji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.16 petang.

Pasukan bomba memadam kebakaran hutan daripada terus merebak di kawasan Kampung Purun ulu, Kuala Penyu. – Foto/Bomba

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama dua jentera digerakkan ke tempat kejadian sejauh 20 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan keluasan 86 hektar hutan.

“Usaha memadam sedang giat dijalankan dan operasi turut dibantu Unit Drone bagi membuat tinjauan di kawasan sekitar kebakaran,” katanya.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – Info X