KUCHING: Industri radio Sarawak membuka satu lagi lembaran baharu dengan kehadiran stesen radio KUPIKUPI FM SARAWAK yang dilancarkan secara rasmi, hari ini.
Dengan misi perpaduan Borneo, KUPIKUPI FM SARAWAK yang keudara menerusi frekuensi 92.5 Mhz. membawakan kepada anda ‘perjalanan’ muzik tempatan serta informasi terkini di Sarawak, di samping mencetuskan inspirasi kepada para pendengar.
KUPIKUPI FM SARAWAK yang beridentitikan tempatan juga tampil dengan slogan ‘Sama Dirik Pok’ seterusnya menjadi sebahagian daripada keluarga ‘Radio Orang Kita’!
Dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, KUPIKUPI FM SARAWAK juga menjanjikan kepada anda satu pengalaman mengujakan yang berlandaskan lanskap budaya ‘bertenaga’ di Sarawak.

KUPIKUPI FM SARAWAK diwujudkan dengan satu komitmen tinggi dan semangat untuk ‘menyajikan’ kepada orang ramai mengenai kekayaan warisan budaya, tradisi serta bakat-bakat tempatan di Sarawak.
Stesen radio ini juga dibina sebagai satu platform yang ‘sangat berkuasa’ untuk menyerlahkan lagi bakat artis, pemuzik dan ‘pencerita’ daripada Borneo, khususnya Sarawak, seterusnya mempromosikan sumbangan hebat mereka di rantau ini.

Apa yang akan dihidangkan kepada para pendengar sudah pastinya lagu-lagu tempatan terkini, lagu ‘evergreen’ yang klasik dan lagu hits antarabangsa.
Ini bagi memastikan para pendengar menikmati serta melayani muzik dengan satu ‘keterujaan’ sehingga membuatkan mereka menari dengan iringan rentak unik Sarawak.

KUPIKUPI FM SARAWAK juga bukan sekadar stesen muzik, ia juga pencetus inpirasi! Hero-hero tempatan akan diketengahkan, untuk mereka berkongsi cerita luar biasa mereka, seterusnya mencetus motivasi dan kebanggaan dalam kalangan pendengar.
Sabagai tambahan, KUPIKUPI FM SARAWAK juga komited untuk menyampaikan kepada anda berita-berita terkini bagi memastikan pendengar tidak ketinggalan dengan apa yang berlaku di sekitar mereka.
Dedikasi KUPIKUPI FM SARAWAK juga adalah untuk memberikan para pendengar maklumat berkualiti tinggi dan sudah pasti stesen ini mahu menjadi sebagai sumber berita dan hiburan yang boleh dipercayai.

Sebagai salah satu kuasa media baharu, KUPIKUPI FM turut berhasrat untuk mewujudkan satu komuniti yang kuat di Kuching dengan menyokong perniagaan, acara dan pertubuhan berkaitan.
Stesen ini akan memainkan peranan aktif dalam memupuk persekitaran yang berkembang maju yang meraikan kepelbagaian warisan budaya Borneo.

Mari sama-sama sertai kemeriahan ini dan menjadi sebahagian daripada KUPIKUPI FM SARAWAK. Dengan ditemani penyampai berkarisma, stesen ini akan bawa anda ke satu ‘dunia’ yang penuh keterujaan dan warna-warni, dunia penuh hiburan, inspirasi dan perpaduan!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi KUPIKUPI FM SARAWAK di https://sarawak.kupikupifm.my dan follow mereka di media sosial untuk dapatkan informasi terkini dan ekslusif! – Info X