Search

Bot bawa petrol musnah terbakar

June 10, 2023

Info X Reporters

SEMPORNA: Sebuah bot membawa muatan minyak petrol musnah dalam kebakaran di Sungai Buaya, Bukit Sakong di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu jam 9.55 pagi.

Katanya, seramai sepuluh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dan BBP Atas Air Semporna bersama jentera dan bot digerakkan ke lokasi bagi memadam kebakaran.

“Kebakaran membabitkan sebuah bot membawa muatan minyak petrol terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran dengan satu pancutan daripada sumber air sungai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada 11.09 pagi.

“Operasi ditamatkan pada 12.45 tengah hari dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya. – Info X