Search

2 cedera kemalangan bas ekspres, lori

June 13, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan lori membawa muatan kayu di Jalan Tamparuli – Ranau, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua yang cedera ialah penumpang bas ekspres.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.04 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan bas ekspres (semporna – Kota Kinabalu) dengan lori muatan kayu dan dua lelaki cedera.

Lokasi kemalangan membabitkan bas ekspres dan lori membawa muatan kayu di Jalan Tamparuli – Ranau.

“Kedua-dua mangsa berusia 29 dan 31 tahun adalah penumpang bas ekspres dan diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, bas ekspres berkenaan membawa 31 penumpang.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada 6 pagi,” katanya. – Info X