Search

Lelaki beronani di Segama viral

June 18, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dirakam dengan selamba beronani di luar kawasan sebuah premis di Jalan Segama, Kota Kinabalu.

Video perbuatan lelaki terbabit yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Failine Line menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 10 saat itu memaparkan lelaki terbabit lengkap berpakaian melakukan perbuatan onani meskipun menyedari tindakannya itu dirakam.

Dalam hantarannya, mendakwa dia bersama kakak dan rakannya sedang berjalan di kawasan Segama untuk mencari durian.

Katanya, tiba-tiba mereka diekori seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum segera masuk ke dalam kereta dan menguncinya.

“Time kami dalam kereta, lelaki itu berdiri di depan lalu buka seluar sambil mengancak.

“Kami sangaja lagi kasi pasang lampu kereta supaya dia (lelaki) itu lari tapi semakin pula dia kesiokan, tulisnya dalam akaun Facebooknya.

Dalam pada itu juga, wanita itu memberitahu ketika kejadian dia bersama kakak dan rakannya tidak berpakaian seksi dan menasihati orang ramai yang melalui kawasan itu supaya berhati-hati. – Info X