Search

Dua termasuk kanak-kanak hilang ketika berburu masih gagal dikesan

July 6, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Selepas hampir dua minggu, dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika keluar berburu di kawasan Ladang Usahawan Borneo Burmas, di Tawau, masih gagal dikesan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Iwan Musakir, 33, dan Al Fajri Anto, 11, diteruskan untuk hari kelapan, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, SAR hari ini bermula jam 10 pagi dengan radius pencarian seluas 7 kilometer.

“Mangsa belum dijumpai dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 6 petang tadi, ianya (operasi SAR) akan disambung esok,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, mangsa keluar berburu secara berkumpulan seramai lapan orang di hutan berhampiran ladang berkenaan pada 24 Jun lalu.

Bagaimanapun, mereka berpecah dalam beberapa kumpulan ketika berada di dalam hutan, sebelum mangsa disedari hilang.Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh rakannya, namun masih belum ditemukan sebelum laporan dibuat pada 29 Jun lalu. – Info X