Search

Van pelancong terbabas, dua cedera ringan

July 9, 2023

Info X Reporters

RANAU: Sembilan pelancong termasuk dua daripada mereka yang cedera dilaporkan selamat selepas van dinaiki terbabas di Jalan Kundasang – Mesilau, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 15.53 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah van membawa pelancong terbabas sendiri.

“Terdapat lima lelaki termasuk pemandu dan lima wanita terbabit dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba.

“Dua mangsa wanita mengalami cedera ringan dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum seorang daripadanya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini

Menurutnya, lapan lagi termasuk pemandu dalam keadaan selamat.

“Operasi tamat pada 5.27 petang,” katanya. – Info X