Search

Baddrol calon PN di DUN Gurun?

July 21, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan dua bekas pemain bola sepak antara calon gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, bulan depan.

Ia sekali gus menguatkan lagi spekulasi bekas kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar akan bertanding di salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Antara kawasan yang hangat diperkatakan ialah di DUN Gurun.

“Musim kedua perpindahan (penggal baharu), kita akan ada dua profesor untuk mewakili kita, player (pemain) bola ada dah dua, ustaz dan ulama tak payah kira, (memang banyak), dan seorang panglima (akan) duduk di hadapan,” kata Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Munajat Perdana di Dewan Al Hana malam tadi, menurut Berita Harian.

Sebelum ini, Baddrol menamatkan kontrak dengan Sabah FC dengan alasan untuk melaksanakan satu misi.

Bekas pemain Harimau Malaya berusia 35 tahun itu bagaimanapun tidak mendedahkan misi dimaksudkan, sebaliknya berkata akan mengumumkannya kemudian. – Info X