TAWAU: Empat lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di lokasi sekitar daerah ini, semalam.
Semua suspek berusia 22 hingga 39 tahun ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Bin Hussin berkata, Fokus utama operasi ini adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya.

“Seramai empat individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang telah ditetapkan.
“Semua pemandu kenderaan telah diuji menggunakan alat Screening Device II (SDII) dilokasi dan gagal ujian saringan awal,” katany dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, semua mereka kemudia dibawa balik ke IPD Tawau untuk pemeriksaan ujian pernafasan kedua menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan.

“Hasil pemeriksaan kedua itu didapati melebihi had yang dibenarkan.
“Sepanjang operasi itu juga, sebanyak 10 keping saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan,” katanya
Sementara itu, katanya operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa. – Info X