KOTA KINABALU: Sabah FC perlu melupakan kekalahan besar mereka di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari, sebaliknya harus bangkit untuk kembali ke landasan sebenar.
Katanya, para pemain juga perlu fokus untuk aksi Liga Super seterusnya menentang menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas, di sini, esok.
Beliau berkata, Sabah FC harus memperbaiki kedudukan mereka dalam beberapa lagi perlawanan terakhir Liga Super bagi mengembalikan keyakinan peminat tegar kepada mereka.
“Sehingga kini, kita masih lagi mempunyai beberapa pemain termasuk Saddil Ramdani dan Cifuentes berada dalam senarai kecederaan.
“Kita mempunyai sehari lagi sebelum sepak mula menentang Kuala Lumpur di Stadium Likas. Saya harap mereka sempat pulih sebelum perlawanan bermula,” katanya, di sini.
Skuad Badak tewas 5-1 ketika berdepan JDT di Stadium Likas, Rabu lalu sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri dalam aksi Liga Super musim ini.
Kim Swee berkata, Sabah FC memerlukan keputusan positif dan tidak boleh mengalami kekalahan demi kekalahan sehingga mereka kehilangan mata berharga.
“Kita ingin mengekalkan kedudukan di kelompok teratas liga. Ini penting bagi memastikan apabila liga berakhir nanti Sabah FC berada dalam satu kedudukan yang baik,” katanya. – Info X