Search

Bomba selamatkan lelaki cuba bunuh diri

August 20, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki diselamatkan daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Iramanis, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.26 malam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki berusia 27 tahun membuat cubaan bunuh diri dan mengurung diri di dalam bilik.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu dan seterusnya menyelamatkan lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada 11.06 malam,” katanya. – Info X