Search

Bomba selamatkan wanita cuba terjun bangunan

September 9, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Cubaan seorang wanita untuk terjun dari bangunan, gagal selepas dia berjaya dipujuk anggota bomba, pagi tadi.

Kejadian di tingkat lima sebuah kondominium di Batu 5, di sini, itu disedari awam awam yang kemudiannya menghubungi bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.39 pagi.

Katanya, Setibanya di lokasi, didapati seorang wanita berusia 22 tahun sedang berada di luar tingkap di tingkat lima bangunan berkenaan.

Anggota bomba menyelamatkan wanita yang cuba terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Batu 5, Sandakan. – Foto/Bomba

“Pasukan bomba berjaya memujuk dan menyelamat wanita itu daripada terjun dengan menggunakan kaedah ‘rappeling’.

“wanita itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada 10.50 pagi. – Info X