Search

4 rumah musnah terbakar, penghuni selamat

October 3, 2023

Info X Reporters

KINABATANGAN: Empat rumah di Jalan Suan Lamba, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.34 pagi.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan empat rumah iaitu tiga jenis tidak kekal dan sebuah lagi jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dengan dua pancutan sumber air dari jentera tangki,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Empat rumah di Jalan Suan Lamba, Kinabatangan musnah terbakar awal pagi tadi. – Foto/Bomba

Menurutnya, operasi terkawal pada 4.09 pagi dan tamat sepenuhnya pada 6.30 pagi.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X