Search

PPM tahan 2 lelaki cuba seludup barang kawalan ke negara jiran

October 7, 2023

Info X Reporters

KUDAT: Dua lelaki warga asing ditahan selepas disyaki cuba menyeludup petrol, tong gas dan gula ke negara jiran di perairan laut Lok Agong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 12.20 tengah malam itu, kedua-dua suspek berusia 49 dan 30 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat selepas dikesan menggunakan bot pam untuk membawa keluar barangan bersubsidi.

Menurut sumber, ketika PPM Kudat menjalankan Op Taring Gelora menahan dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah bot pam tidak bernombor.

Dua lelaki warga Filipina ditahan selepas disyaki cuba menyeludup keluar barang kawalan ke negara jiran. – Foto/PPM

“Hasil pemeriksaan menemui 12 tong drum berisi 200 liter petrol, tujuh karton gula kasar, empat tong gas.

“Kedua-dua suspek sebagai juragan dan pembantu itu gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkaitan pemilik barang berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Kudat untuk tindakan lanjut

“Jumlah keseluruhan rampas bernilai RM20,000 dan dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – Info X