Search

Dua kenderaan terbakar, lima selamat

October 8, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Sebuah kereta Perodua Myvi dan motosikal Yamaha LC musnah terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Batu 4, berhampiran SMK Yu Yuan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pemandu dan tiga penumpang kereta terbabit serta penunggang motosikal itu terselamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.32 malam.

Penunggang motosikal yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital. – Foto/Bomba

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah motosikal dan Perodua Myvi. Kedua-dua terbakar sepenuhnya akibat daripada kemalangan jalan raya.

“Terdapat seorang mangsa iaitu penunggang motosikal lelaki berusia 16 tahun cedera manakala empat mangsa di kereta Perodua Myvi tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran motosikal menggunakan satu aliran dengan sumber air dari tangki jentera.

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan motosikal dan kereta di Batu 4, berhampiran SMK Yu Yuan, Sandakan. – Foto/Bomba

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Sandakan menggunakan jentera EMRS.

“Operasi terkawal pada 10.42 malam dan operasi ditamatkan setengah jam kemudian,” katanya. – Info X