KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan terdapat gangguan tekanan gas rendah pada dua Penjana Kuasa Swasta (IPP) sehingga menyebabkan kedua-duanya terganggu operasi hari ini 30, pada jam 3.15 petang.
Berikutan itu, SESB perlu melaksanakan catuan bekalan.
Catuan bekalan membabitkan sebahagian kawasan Kota Kinabalu, Kudat, Kunak, Tenom, Kota Marudu, Beaufort, Keningau, Bongawan, Papar, WP Labuan, Tuaran, Lahad Datu, Semporna, Sandakan, Tawau, Kinabatangan dan dilaksanakan bagi memastikan kestabilan sistem grid Sabah.
“Pihak SESB sedang dalam usaha memastikan pemulihan bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
SESB meminta orang ramai supaya menghubungi SESB Careline di nombor 15454, 088-515000, 019-8525427 atau melalui aplikasi mySESB untuk sebarang pertanyaan. – Info X