Search

PAS Sabah akan terus bawa pendekatan politik damai, matang

November 1, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: PAS Sabah akan terus membawa pendekatan politik damai, matang dan sejahtera selari dengan budaya dan kepelbagaian masyarakat di Sabah.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aliakbar Gulasan berkata, beliau akan memimpin PAS Sabah dengan citra adil, prihatin dan berkebajikan sesuai dengan tema ucapan dasar presiden dalam Muktamar ke-69 yang berlangsung minggu lalu.

“Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan PAS pusat terutama Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memberi kepercayaan kepada saya menjadi Pesuruhjaya PAS Sabah.

“Saya bersama barisan kepimpinan baru yang akan dilantik kemudian akan berusaha sebaiknya membawa PAS Sabah menjadi salah sebuah parti politik pilihan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik dalam kerajaan Sabah berkata, sebagai sebuah parti politik yang sudah lama bertapak di Sabah, PAS Sabah akan terus membina hubungan baik dengan semua pihak sama ada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, orang perseorangan dan rakyat biasa.

Aliakbar

Beliau turut memberi jaminan, PAS Sabah akan terus aktif menjalankan pelbagai program kebajikan, pembangunan pendidikan, menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan agama, memantapkan pelbagaÌ kerja sosial termasuk ketika bencana alam dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan politik yang lain. – Info X