KUNAK: Enam rumah di Kampung Kunak Tiga Laut, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 5.10 pagi.
Berikutan itu, katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan tujuh rumah jenis kekal dan tidak kekal dan setiba di lokasi, pasukan bomba bertindak mengawal kebakaran.
“Enam rumah terbakar sepenuhnya manakala sebuah rumah terbakar lima peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 6.05 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Operasi kemudian ditamatkan pada 8.30 pagi.
“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X