Search

Lelaki parah motosikal langgar penghadang jalan, konkrit jambatan

December 17, 2023

Info X Reporters

TENOM: Seorang lelaki parah apabila motosikal ditungangnya terbabas lalu melanggar penghadang jambatan dan konkrit di tepi Jambatan Tenom Lama, Jalan Tenom – Kemabong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun yang parah dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, mangsa warga tempatan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Chinta Mata.

Katanya, ketika melalui satu jambatan konkrit dan motosikal ditungangnya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jambatan dan melanggar penghadang serta konkrit jambatan berkenaan.

“Akibat kejadian itu, mangsa parah apabila putus satu jari telunjuk kiri, patah tangan kiri, cedera teruk di kepala dan muka.

“Mangsa sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Keningau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, penunggang motosikal disyaki di bawah pengaruh alkohol berdasarkan lisan saksi di tempat kejadian.

“Sample darah telah diambil untuk ujian toksikologi dan kenderaan ditunggangi ditahan dan dibawa ke IPD Tenom untuk siasatan lanjut.

“Tiada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa seperti yang tular di media sosial,” katanya.

Katanya lagi, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Info X