PENAMPANG: Pengguna jalan raya di sini, terutama di Jalan Donggongon – Papar Spurs dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan acara berbasikal temasya Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 bakal berlangsung di jalan berkenaan, esok.
Acara berbasikal berkenaan adalah pecut 200 meter, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita yang akan bermula pada jam 8 pagi.
Peringkat kelayakan acara itu akan berlangsung sehingga jam 11 pagi seterusnya peringkat suku akhir yang akan bermula jam 2 petang.
Separuh akhir pula dijadualkan bermula pada jam 3 petang diikuti peringkat akhir pada jam 4 petang dan upacara penyampaian hadiah yang dijadualkan bermula jam 5 petang. – Info X