Search

Polis cari Asmah bantu siasatan kes dadah

January 3, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sedang mengesan seorang saksi wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah.

IPD Kota Kinabalu dalam satu kenyataan hari ini berkata, saksi yang dikesan iaitu Asmah Jinnur.

“Saksi Asmah beralamat di No 49, Lorong Rimba 2, Taman Rimba Bandar Sierra, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

“Saksi yang tidak mempunyai dokumen ini dikehendaki bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya ada sebarang maklumat, sila berhubung dengan Asisten Superintendant Mohd Idzam Abdul Rahim di talian 016-2179012.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Sarjan Masjalina Misran di talian 016-8196994 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – Info X