PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Papar- Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihak menerima panggilan mengenai kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta.
“Impak kemalangan menyebabkan penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, HQE1, untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pihak polis juga meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan,” katanya.
Tambahnya, orang ramai dinasihat agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan dan memandu secara berhemah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. – Info X