Search

Mayat wanita terdampar di Pantai Kiansam

January 23, 2024

Info X Reporters

LABUAN: Mayat wanita lengkap berpakaian ditemui terdampar di tepi Pantai Kiansam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, wanita warga negara berusia 58 tahun itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, siasatan mendapati mangsa tinggal di kawasan perumahan berdekatan Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kiansam.

“Siasatan awal juga mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah terhadap mangsa.

“Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya. – Info X