Search

Mayat wanita ditemui tersangkut pada pukat

February 4, 2024

Info X Reporters

KINABATANGAN: Mayat wanita ditemukan tersangkut pada pukat berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sinar Jaya, di sini, tengah hari tadi.

Mayat dikenali sebagai Ria Tagunggu ditemui dalam keadaan tertiarap terapung di parit dipenuhi air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi.

“Sebaik tiba, pasukan bomba diminta untuk memberikan bantuan mengambil dan mengeluarkan mayat wanita yang tersangkut dipukat berkenaan.

“Pasukan kemudian menyerahkan mayat terbabit kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa yang tersangkut pada pukat berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan. – Foto/Bombw

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir di lokasi kejadian dan menamatkan operasi pada jam 1.38 petang. – Info X