Search

12 setinggan di Skim Penempatan Telipok musnah

February 6, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sebanyak 12 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di kawasan Skim Penempatan Telipok, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12:45 tengah hari.

Katanya, bertindak dengan kejadian, sepasukan pegawai dari BBP Kota Kinabalu, Lintas dan Tuaran bersama jentera pemadam digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Kejadian membabitkan 13 buah rumah jenis tidak kekal iaitu 12 buah rumah terbakar sepenuhnya.

“Sebuah rumah lagi hanya terbakar bahagian bilik mandi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kebakaran memusnahkan 12 rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini.

“Usaha memadam kebakaran masih dijalankan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X