KINARUT: Bengkel di Kampung Danau, Kawang, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Turut terbakar dua kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm dan Proton Wira.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.13 malam.
Katanya, seramai lapan anggota bomba bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah bengkel kereta yang musnah terbakar.

“Turut musnah terbakar dua kenderaan dan operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dari sumber air jentera.
“Tiada mangsa terbabit dilaporkan dan operasi terkawal pada 9.59 malam,” katanya.
Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba. – Info X