KOTA KINABALU: Pengumuman Kerajaan untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan (SST) turut melibatkan pengguna di negeri ini.
Kadar cukai SST ini akan berubah iaitu daripada 6 peratus kepada 8 peratus bermula 1 Mac ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar, hanya penggunaan elektrik 600 kWh ke atas ataupun bil bulanan berjumlah RM203 ke atas sahaja akan terlibat dengan cukai SST 8 peratus ini.
Katanya, kenaikan kadar cukai SST ini dijangkakan akan memberi kesan terhadap 95,982 pemegang akaun ataupun 16.72 peratus pengguna sahaja dan tidak melibatkan pengguna secara keseluruhan.
Beliau berkata, SESB sentiasa memantau dan bersedia membantu untuk memberi kefahaman kepada pengguna sekiranya berlaku sebarang kerumitan semasa peralihan ini.
“Untuk pertanyaan lanjut, pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan cukai SST di laman sesawang rasmi SESB di www.sesb.com.my.,” katanya dalam kenyataan. – Info X