KOTA KINABALU: Umat Islam seluruh negara mula berpuasa lusa (Selasa, 12 Mac) sempena ketibaan Ramadan 1445 Hijrah / 2024 Masihi.
Tarikh itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Sebelum itu, cerapan anak bulan dilakukan di beberapa lokasi seluruh negara untuk menentukan tarikh permulaan puasa Ramadan bagi umat Islam di negara ini.
Di Sabah, cerapan dilakukan di Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan, iaitu antara 29 lokasi rasmi tempat melihat anak bulan seluruh Malaysia. – Info X