Search

Dua lelaki bergaduh guna parang, besi di Kota Belud

March 23, 2024

Info X Reporters

KOTA BELUD: Dua klip video kejadian pergaduhan dua lelaki menggunakan parang dan besi tular di media sosial, malam tadi.

Rakaman berdurasi sembilan saat dan 30 saat itu memaparkan kedua-dua lelaki itu masing-masing menghayunkan parang dan besi hingga mengenai bahagian paha salah seorang mereka.

Pergaduhan itu kemudian berjaya dileraikan oleh orang ramai.

Tangkap layar video tular dua lelaki bergaduh guna parang dan besi di Kota Belud.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam, berhampiran sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi mengesahkan mengenai video tular itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam,” katanya. – Info X