TAMBUNAN: Seluruh 28 masjid dan surau di daerah ini menerima sumbangan sentuhan ramadan daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan.
Sumbangan tersebut yang turut diiberikan kepada golongan asnaf di daerah ini, disampaikan sendiri oleh Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor P. Paut, di Masjid Nurul Iman, Tambunan, hari ini.
Tentunya, sumbangan berkenaan amat dihargai umat Islam dan golongan asnaf daerah ini, kerana majlis seumpama ini diadakan serentak melibatkan seluruh masjid di daerah Tambunan.

Victor ketika ditemui selepas majlis itu berkata, sumbangan berkenaan merupakan inisiatif Gagasan Rakyat Tambunan menyantuni warga Masjid dan Surau serta golongan asnaf di daerah Tambunan.
“Sebagai pemimpin dan parti yang mewakili kerajaan hari ini, ini adalah tanggungjawab dan keperihatinan kami (Gagasan Rakyat) Tambunan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Semoga dengan bantuan ini akan meringankan beban mereka ketika mengharungi bulan ramadan serta dalam suasana menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba,” katanya.
Victor turut meluangkan masa menghadiri majlis juadah berbuka puasa bersama umat Islam masjid dan surau serta golongan asnaf yang hadir.
Majlis itu turut dihadiri pengerusi-pengerusi Masjid dan Surau daerah Tambunan; Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tambunan, Datuk Daniel Kinsik; Ketua Bahagian Parti Maju Sabah (SAPP) Tambunan, Johari Yong; Naib Ketua Bahagian Parti STAR Tambunan Yasin @Archad Diasin serta pegerusi masjid dan barisan AJK Gegasan Rakyat Tambunan. – Info X