KOTA KINABALU: Sugandoi Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2024 bakal berlangsung pada 4 dan 11 Mei depan.
Pertandingan nyanyian itu akan membuka tirainya di peringkat saringan pada 4 Mei, bertempat di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK.
Peringkat akhir pula akan berlangsung pada 11 Mei bertempat di Palm Square, Kompleks beli-belah Center Point, di sini.
Penganjur bagi acara itu ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).
Pada tahun ini juga, KUPIKUPI FM bersama Center Point merupakan penaja rasmi.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sugandoi Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2024 bolehlah hubungi Mary di nombor 0198696940, Markus di nombor 0198515027 atau Khairul Anuar di nombor 0138511309. – Info X