KOTA KINABALU: Isu bekalan air di terus diberikan perhatian oleh kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan masalah yang dikaitkan dengan kemudahan asas itu.
Perkara itu dijelaskan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam Ucapan Dasar Kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di selain akan turut memperkasa perkhidmatan pembentungan di negeri ini.
Jelasnya, sebanyak 18 projek akan dilaksanakan pada tahun ini sebagai tindakan penyelesaian serta-merta isu bekalan air di kawasan Utara dan Tengah Kota Kinabalu serta Putatan.
“Kerajaan juga berusaha untuk menurunkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) dengan menyelesaikan masalah penyambungan haram melalui penguatkuasaan dan pengurusan pengurangan kadar NRW.
“Di samping itu, bagi memperkasa perkhidmatan pembentungan, fokus Kerajaan Negeri adalah menyediakan sistem rawatan kumbahan yang boleh menampung beban kumbahan mengikut jumlah Kesetaraan Penduduk (PE) yang telah disasarkan.
“Usaha juga dibuat bagi meningkatkan kapasiti liputan rangkaian sistem pembetungan dan memastikan kualiti efluen yang dilepaskan daripada loji rawatan kumbahan mematuhi piawaian Jabatan Alam Sekitar,” katanya.
Tun Juhar berkata, pelbagai program kesedaran awam juga dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk mengenai kepentingan sistem pembetungan yang baik bagi menjamin kelestarian alam sekitar. – Info X