Search

Mayat lelaki ditemui tertiarap dalam bilik terkunci

April 19, 2024

Info X Reporters

KENINGAU: Mayat seorang lelaki ditemui oleh sepasukan bomba selepas membuka pintu sebuah bilik yang terkunci di bangunan Appolo Aqurium, di sini, pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 8.31 pagi tadi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Emanuel Aloysius tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati pintu bilik terkunci seterusnya anggota membuka tombol pintu menggunakan peralatan khas.

“Sebaik pintu dibuka, pasukan bomba menemukan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan kenyataan pengadu, mangsa dihubungi kali terakhir pada 13 April lalu.

“Sebaik memastikan keadaan di lokasi bebas daripada unsur bahaya, operasi ditamatkan jam 10.52 pagi,” katanya. – Info X